Wednesday, 1 July 2015

resepi KIMBAP untuk aina

Assalamualaikum

bahan yang kena beli :P

1) beras short grain brand sumo - masak pakai rice cooker je , ada cara2 masak kat belakang peket, dah siap masak nt gaul dgn garam and myk bijan siket, taknak letak minyak bijan pon tak ape haha tapi aku suka so aku letak lah




2) seaweed - aku beli kat tesco haha beli je pape brand janji ada halal biasa

3) minyak bijan - utk lumur bahan

4) timun - aku suka timun jepun sebab dia panjang2, potong panjang2 pastu lumur dgn minyak bijan and then goreng tanpa minyak atas pan supaya dia layu siket (hmm sedapnya haha ramadhan ya Allah)

5) sosej - rebus & potong 4

6) telur - buat telur dadar nipis2 takyah gebu2 pon tak ape, potong panjang2

7) crabstick - rebus siap2, potong 4

cara nak buat :D

nah ! masa bentang tu pastikan bahagian kilat kat bawah, bhgn menggerutu kat atas :p aku gulung manual je tak pakai tikar tu pon hehe


untuk efek shiny,sapu minyak bijan bila dah siap gulung and gulung dlm aluminium foil 
aku siap conteng pakai marker kat aluminium foil tu nama stiap org 
supaya diorang habiskan jugak satu gulung tu ^.^

SIAP !
muahciked
Sunday, 28 December 2014

HATI seperti tanah liat

Assalamualaikum

wuuu its been a year since last post *tiupbuanghabuk

just want to share masa talk last iftar semester 5
*sedapnye nasi ayam hari tuuu wiwiwi

Hati kita ni macam tanah liat 
kalau biar lama-lama nanti keras
kena selalu pegang
jadi kena selalu diingatkan

"berilah peringatan, sesungguhnya ia berguna untuk orang beriman"

lagu mana milik kita ni banyak ingatkan aku pikir balik :'(
semua milik Allah ,yang bagi kita kekuatan semua milik  Allah 
so target apa yang kita nak and then usaha dan mintak pada Allah :')


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

our final exam next year lagi hewhew 
kat stadium & dewan besar yang kitorang stalk bila baru siap dulu hee 
Food processing,Sensory Analysis,Food Microbiology,Cell Molecular Biology & Experimental Design
#gofbgen9
lagi setahun je lagi ke kat usim huhu gonna miss all of them :(
except kena saman aritu sebab tak tukar stiker baru -_-
 
Doa untuk kenkawan kat kelantan pantai timur johor selangor semua
moga kalian tabah ;'(



Saturday, 28 December 2013

SYUKUR

Assalamualaikum

Alhamdulillah,kita dah di penghujung tahun
dan juga permulaan exam final semester 3 *~*











31/12 - 16-1
Akidah,CTPS,Dakwah,Muamalat,Foodchem,Foodsc,French,Philosophy

mencabar sangat kuliah sem ni,kena fokus dengar elok2 ape Dr. terangkan
kena hafal & faham lecture notes
huhu moga2 ape yg kami studi ni kekallah sampai final exam & seterusnya ^^,
macam tak percaya study week sem ni aku kat rumah waaaa
hahah nak nangesss
gonna miss mama yang suka try resepi baru (minggu ni mama buat kek rainbow yoo XD)
ayah dgn gadgetnyeee (lenovo skrg dh buat hp pulak ye --,)
adek2 yang gelak mcm gegirl bila kena geletek

Ya Allah,jadikanlah kami orang yang bersyukur dengan nikmatMu
Jadikanlah kami hambaMu yang selalu mengingatiMu Ya Allah
Jadikanlah kami orang yang sabar & tabah dgn ujianMu





Tuesday, 20 August 2013

sejenak

Assalamualaikum

sejak dua menjak ni,aku banyak berfikir
(dan dengan berfikir boleh buat kita sedar banyakkk perkara) -.-





Pray for egypt
Moga Allah rahmati dan permudahkan semuanya




Aminnnn~


Wednesday, 17 July 2013

resepi ikan sweet sour

Assalamualaikum

Salam Ramadhan.
Jom iftar ikan bawal sweet sour ^.^

Bahan goreng:
ikan bawal siap siang
tepung jagung
1 biji telur

bhn blender:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bhn kuah:
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
nenas kiub
sedikit air
1 sudu tepung jagung

1.Lumur ikan dengan telur kemudian salut dengan tepung jagung.
2.Goreng ikan tadi sampai kekuningan dan asing atas pinggan.
3.Panaskan minyak 2 sudu dalam kuali dan tumis bahan blender sehingga naik bau.
4.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan kacau hingga rata.
5.Campurkan sedikit air dan masukkan kiub2 nenas.
6.Selepas kuah mendidih,campurkan larutan tepung jagung (1 sudu tepung & 2 sudu air)
7.Masak sampai pekat n then rasa cukup masam manis ke tak.kalau cukup,matikan api dan curah sos atas ikan tadi :))

selamat mencuba puputina :*


Saturday, 13 April 2013

ARCHIE'S EXHIBITION ohsem

Assalamualaikum

hari rabu lepas lepas,kebetulan kelas fizik batal,jadi aku ngan put telah meninjau-ninjau keeeeee

tadaaaa~

*kreatipnye mereka ini*

the first exhibition of architecture students of usim weee *bangganya dgn bdk2 kuliah dulu hee tumpang gembira
eksaitednye ^^

 ENTRANCE




bunga roket

tirai mahjong




canvas drawing

*3D *


*MODEL*



*PELAN-PELAN*






*QUOTES*




TATAAAAA





Friday, 12 April 2013

reset minda refleks diri ^^

Assalamualaikum

hari nih aku tengok talkshow prof muhaya kat astro tuu
wahhh,betoi2 jadi motivated kot
some of those motivated lines that i got were:

dalam hidup nih kita lihat dunia pakai cermin mata diri kita sendiri,suka hati hang lah hang nak pakai cermin mata gelap kah,cermin mata biasa..the point is the way we think,positive or negative

nak tentukan diri seseorang tu,kita boleh tengok melalui 2T :

  • thought
  • time
kalau cara fikiran dia bagus,tak belit-belit,maka baguslah dia atur hidup dia
kalau cara urus masa dia sempurna,tak kelam-kabut,maka terbaiklah pengurusannya

nak ubah kehidupan kita kena ubah fikiran dan bahasa kita dulu

jaga 3T jugak

  • tauhid
  • taubat
  • taqwa 
taqwa kena ada rasa ihsan,ihsan wujud bila adanya iman
ini akan buat kita rasa bersyukur dan bahagia

bila ada masalah,kita kena jadi bijak,fikir sendiri dulu,jadi proaktif
toksei dok bergantung kat orang dulu,kita kena yakin fikir kita boleh figure it out

masalah tukar jadi cabaran
instead of cerita
 "Masalahnya,aku .....
tukar jadi
"Cabarannya,aku..... *wpun pelik kena reset diri okeyhh hee ^^

orang yang berfikiran negatif,dia macam terpenjara,stuck dalam diri,rasa limitation sangat
sebab apa yang kita fikir,itulah yang kita percaya
so,be positive bebeh

lupakan apa yang orang cakap,ingat apa yang Allah lihat
orang umpat kita 3 minit,kenape kita nak pendam ingat sampai 3 bulan,3 tahun

fine,kita takleh nak jaga reputasi kita,so kita jagalah keperibadian kita baik-baik
belajar untuk relaks,pejam mata,audit diri
"betol tak apa yang aku cakap hari nih,apa yang aku buat hari nih"

sayang Allah sayang diri
jadi pemerhati diri

_______________________***_____________________

p/s:tetiba terjumpa link yang bagos untuk orang macam aku yang keliru pasai irregular verb

lets check it out
http://ww2.college-em.qc.ca/prof/epritchard/pastverb.htm

hope this entry helpful ^^








 

Blog Template by BloggerCandy.com